Masalah kesihatan mental yang semakin meningkat di dunia amat merunsingkan dan penemuan ubat baru untuk merawatnya sungguh lambat. Perkara ini lebih merunsingkan apabila tumbuhan seperti cannabis, ayahuasca, salvia, LSD dan lain-lain lagi telah diharamkan untuk kepentingan politik dan juga kerana permulaan “perang atas dadah”.

Di antara semua jenis tumbuhan psikedelik, tumbuhan cannabis adalah tumbuhan pertama yang kembali ke dunia perubatan kerana terbukti mampu merawat masalah kemurungan. Pengunaan tumbuhan psikedelik oleh pemuda meningkat pada tahun tujuh-puluhan (1970s) yang menyebabkan kerajaan menjadualkan hampir semua bahan aktif dari tumbuhan psikedelik di bawah Dadah Berbahaya Jadual 1, Akta Dadah Berbahaya 1952. Walaupun dipandang hina oleh majoriti rakyat, bahan psikedelik seperti psilocybin dari cendawan berjaya merawat masalah kemurungan yang dijangka tidak responsif kepada perubatan sedia ada mengikut kajian yang dihasilkan pada tahun 2018. Selepas mendapat kelulusan membuat kajian klinikal mengguna psilocybin, saintis di Amerika Syarikat telah membuktikan keberkesanannya merawat pelbagai masalah berkait kesihatan mental seperti ketagihan kepada alkohol dan tembakau, anorexia, obsessive-compulsive disorder (OCD) dan lain-lain.

Walaupun ia agak pelik yang satu jenis bahan psikedelik seperti psilocybin mampu merawat pelbagai masalah kesihatan mental, namun ia satu kenyataan yang harus dipandang serius. Tambahan lagi, tidak seperti perubatan farmaseutikal lain perubatan psilocybin hanya diberi satu hingga tiga kali seminggu sahaja! Ini amat menakjubkan kerana perubatan farmaseutikal perlu diambil setiap hari untuk jangka masa yang panjang untuk lihat tanda-tanda penambahbaikan pada pesakit. Perkara ini didapati berlaku kerana perubatan farmaseutikal hanya menindas simptom penyakit seperti insulin menindas hyperglycemia dari penyakit diabetes. Perubatan psikedelik pula membuka tingkap di otak yang membolehkan pesakit untuk menerima pandangan, melepaskan emosi terpendam dan menerima sokongan psikoterapi. Dengan pemahaman ini, doktor dapat merawat pesakit dengan efektif kerana pesakit lebih responsive dan terbuka untuk melihat semula fikiran atau emosi yang menyebabkan mereka menghadapi masalah kesihatan mental.

Di dunia, terdapat pelbagai tumbuhan psikedelik yang memberi pengalaman yang berbeza dan kesannya mampu tahan untuk jangka masa yang berbeza. Seperti contoh, Lysergic acid diethylamide (LSD) dan mescaline adalah antara psikedelik yang kesannya bertahan untuk lapan hingga 14 jam. Manakala Dimethyltryptamine (DMT) semulajadi yang diambil dari tumbuhan ayahuasca mampu bertahan untuk empat ke lima jam. Untuk mengurangkan kesan dari bahan psikedelik, ramai pengguna lebih suka mengambilnya dalam kuantiti microdose atau dos mikro. Ini membolehkan mereka menjalani kehidupan harian mereka tanpa risau kepada kesan berhalusinasi. Kunci keberkesanan psikedelik terletak pada kebolehannya untuk mengurangkan rasa tidak percaya pada diri sendiri serta kebolehannya untuk membetulkan pemahaman diri, situasi dan emosi. Secara tidak langsung, ini akan memastikan pesakit yang dirawat akan mendapat perubahan yang berkekalan. Namun begitu, melalui beberapa kajian yang dilakukan, ia didapati bahawa rawatan psikedelik ialah process yang kompleks dan bukannya linear bagi pesakit-pesakit yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Malah semasa rawatan dijalankan, ia penting untuk seorang ahli terapi berada bersama pesakit untuk memantau keadaannya dan memberi bimbingan jika perlu. Walaupun rawatan ini bukan semudah memberi dos harian kepada pesakit sehingga mereka pulih dengan sendiri, ia menjaminkan pemulihan yang ketara dan berkekalan.

Perkara yang menyekat kajian dan perkembangan dalam bidang rawatan baru ini ialah kerana bahan-bahan psikedelik dikategorikan di bawah Jadual 1 (tiada apa-apa kegunaan medikal), Dadah Berbahaya. Ini membantut dana kajian dari organisasi atau syarikat yang ingin meyokong kajian klinikal. Di zaman ini, morbiditi yang sedang meningkat secara mendadak dan amat membimbangkan ialah masalah kemurungan. Negara Malaysia harus menghasilkan kajian sendiri dan mula membezakan dadah psikotropik buatan manusia dari tumbuhan psikedelik semulajadi ciptaan Tuhan. Hanya dengan tindakan ini mampu undang-undang digubal dan kebenaran tumbuhan psikedelik diertikan.

Reference: Psychedelic Psychiatry’s Brave New World

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *